Episode 1: Ulang tahun

Siri Video 1: Ulang tahun. Ia mengisahkan hal seorang isteri kedua yang berasa terkilan kerana suami tidak dapat bersama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

promotional

Details

Puan Maryam telah berkahwin dengan Encik Yusri dan merupakan isteri keduanya. Sebelum berkahwin, Encik Yusri telah berjanji yang beliau akan berlaku adil terhadap Puan Maryam.

Malangnya, realiti tidak seperti itu. Janji-janji dan kata-kata manis yang diungkapkan oleh suami Puan Maryam hanyalah palsu semata.
Kini, perkahwinan Puan Maryam telah memasuki tahun kedua tetapi, ada sesuatu yang terjadi pada hari tersebut.

Apakah yang terjadi? Ikutilah kisah Puan Maryam di dalam siri pertama ini.

Mantapkan pengetahuan diri anda berkenaan undang-undang dan hak yang boleh anda tuntut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Telenisa di talian 012-812 3424.

Watch the episode on Youtube

Subitems